Jihad Perangi Hawa Nafsu
2015 Agustus.26
Setiap
orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali
sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan.
Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu
mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya,
maka pasti akan binasa.
"Kemudian
menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan
solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui
kesalahan." (Surah Maryam, 59)
Sebagian
orang bijak berkata, "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan
hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam
Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu
takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil
pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang,
dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau
bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."
Hawa
nafsu perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka
jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1.
Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan
orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang
melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.
2.
Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa
nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila
mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa
mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
3.
Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi
dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai
dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah
Allah kepada seluruh manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. "
Para
sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir
sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad
terbesar!".
Demikian
ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa,
sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian,
upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad
berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para
sahabat nabi.
Bahkan
Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan
hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali,
Mukasyah al-Qulub, h.15]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar